4

11 Cara Cepat Hamil Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin

Setiap pasangan yang berkahwin,pasti mahukan anak sebagai penyeri di dalam berumahtangga.Ada yang baru kahwin telah disahkan bunting berkahwin.Namun tidak kurang yang bertahun-tahun berkahwin belum lagi dikurniakan anak.

Kami menasihatkan suami dan isteri bersabar sekiranya masih belum mempunyai anak.Sokongan antara satu sama lain adalah penting bagi menjadikan rumahtangga anda tahan lama dan berkekalan.Anda boleh membaca cara cepat hamil yang kami senaraikan di bawah dan kami gembira sekiranya ada manfaat untuk anda mempunyai zuriat nanti.

Cara Cepat Hamil Bagi Yang Baru Berkahwin

 

Panduan Supaya Cepat Hamil Untuk Suami Isteri

Mengira waktu subur

Wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur tidak ada masalah untuk mengira waktu subur mereka.Selalunya hari ke 14 merupakan waktu kemuncak bagi kesuburan isteri.Ketika ini telur ovum dilepaskan untuk disenyawakan di dalam tiub fallapio.jangkahayat telur ovum adalah 1-2 hari manakala sperma pula antara 3 hingga 5 hari.

Bagi wanita yang mengalami haid yang tidak teratur,anda boleh menggunakan purata kitaran haid yang diambil selama 3 bulan.Bagi memudahkan anda,saya mencadangkan anda menanda dekat calendar supaya anda dapat mengagak bila waktu kesuburan anda.

Selain itu,anda juga boleh mengetahui waktu subur dengan mengukur suhu badan,melihat lendiran faraj serta menggunakan Ovulation Strip Test.

Kerap Melakukan Hubungan Intim

Hubungan intim yang kerap boleh meningkatkan peluang untuk hamil.Apatah lagi pada hari itu merupakan waktu subur bagi isteri.Namun adakalanya wanita takut untuk bersama suami kerana tidak puas atau rasa sakit selepas melakukan hubungan kelamin.

Jadi bagi mengelakkan perkara tersebut,suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berhenti.

Posisi Ketika Melakukan Hubungan kelamin

Satu lagi cara untuk menambah kemesraan dan peluang untuk hamil adalah melakukan posisi yang sesuai.Caranya adalah dengan suami berada di atas isteri.Bantal yang lembut di letakkan di pinggul isteri.Ini bagi memudahkan sperma untuk berenang ke Ovum

Mengambil Makanan Yang Berkhasiat.

Makanan yang mengandungi zat besi,Vitamin C,B,E,Selenium,Kalsium Dan Karbohidrat boleh meningkatkan kesuburan suami dan isteri.Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bayam, kangkung, bendi, pisang,tauge serta pastikan ia segar dan basuh sebelum di makan.

Pengambilan Asid Folik

Ramai para ibu mengambil asid folik selepas disahkan mengandung oleh doctor.Asid folik membantu melindungi kandungan dari masalah kecacatan seperti spina bifida.Wanita yang merancang untuk hamil di sarankan mengambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung.Pengambilan B Compleks dan Vitalea membekalkan 400mcg asid folik untuk keperluan diri anda dan juga bayi.

Mood Yang Ceria

Mereka yang sering tertekan atau sering amat sukar untuk mendapatkan cahaya mata.Keinginan untuk bersama juga akan berkurangan.Jadi ambil suasana yang ceria dan anda juga boleh pergi bercuti di tempat yang tenang.Tiada ada masalah untuk yang telah lama berkahwin pergi berhoneymoon berulang kali.

Berat Badan Ideal

Kegemukan bukan salah satu factor penyebab ketidaksuburan pada isteri.Ada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi tetap subur dan mempunyai ramai anak.

Jadi,mengapa ada juga wanita disarankan mengurangkan berat badan terlebih dahulu.Ini kerana hormon di dalam badan mereka adalah tidak stabil yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur.Selain itu,wanita yang gemuk juga lebih senang menghidap PCOS yang mengganggu ketidaksuburan mereka.

Kurangkan Merokok

Merokok sememangnya tidak bagus bukan kepada perokok tetapi orang di sekeliling mereka.Walaupun di kotak rokok ada menggambarkan penyakit yang terjadi,tetapi masih ramai yang tidak ambil endah.Wanita yang merokok akan menyebabkan tiub fallopio tersumbat menyebabkan telur dan sperma tidak bersatu.Bukan itu sahaja,telur ovum boleh mengalami kerosakan dan membahaya kepada kandungan yang boleh membawa keguguran

Mendapatkan nasihat dari doktor bertauliah

Pertemuan dengan doctor boleh mengenalpasti masalah yang anda alami dengan lebih awal.Doktor adalah individu yang terlatih dan dapat mencadangkan rawatan berkaitan ketidaksuburan anda.Apatah lagi sekiranya anda mempunyai masalah seperti cyst,kitaran haid tidak teratur atau kesakitan yang teruk setiapkali senggugut.

Berhenti Menggunakan Pil Perancang Keluarga

Pil perancang boleh menyebabkan hormon anda terganggu.Anda memerlukan sedikit masa supaya hormone anda stabil semula.Jadi pasangan yang baru berkahwin tidak digalakkan untuk mengambil pil perancang.Cara yang selamat adalah dengan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan intim

Berdoa Kepada Pencipta

Anak adalah pembawa rezeki dalam keluarga.Mereka juga yang dapat menjaga kita semasa di usia tua kelak.Bagi yang belum di kurniakan anak,anda boleh mengamalkan beberapa doa bagi memohon dari Allah.Antara doa yang di baca oleh Nabi Zakaria

Surah Ali Imran Ayat 38

Pada itu, Zakaria merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku dari Diri zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar dan Memperkenan doa.”

Surah Al Anbiya Ayat 89

Dan [menyebut] Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya, “Tuhanku, jangan biarkan aku bersendirian [tanpa waris], semasa anda adalah yang terbaik yang mewarisi.”

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 4 comments
Melastik Bintang - August 12, 2014

bagus tips ni..perkongsian baik… =)

Reply
sohoque - August 12, 2014

tips yg bagus bg yang belum mmpunyai cahaya mata.

banyakkan juga sedeqah esp kpd anak-anak yatim. insyaAllah apa yg dihajatkan akan tercapai..

Reply
Moms Avenue - August 13, 2014

Memang kena banyakkan bersabar kalau masih belum mempunyai anak.. Teruskan saja berusaha.. Insya Allah kalau ada rezeki tak ke mana..

Reply
Norfaradila Baharum - November 21, 2014

Bila tengok pasangan yg inginkan anak..alahai..kesian sungguh tengok raut wajah mereka..Semoga dgn pengkosian tips ni..ramai yg berjaya dapat cahayamata..aminn

Reply

Leave a Reply: