1

24 Jam Sebelum Masuk Dewan Bersalin Di Hospital

Doktor menjangkakan saya akan bersalin pada tarikh 11/11/2014.Masa buat pemeriksaan minggu lepas,doktor kata kandungan sihat dan jika tidak bersalin pada hari itu tunggu selama 9 hari pula.Semakin berdebar-debar pula rasa hati walaupun ini adalah kali kedua saya bersalin secara normal.

Pada 7/11/2014 perasan ada keluar darah dan lendir pukul 9 pagi.Mengikut pembacaan,itu salah satu tanda-tanda untuk bersalin.Sakit pun ada juga terasa di bahagian pinggang dan juga ari-ari.Bila bagitahu dekat suami,suami terus masukkan kelengkapan untuk bersalin di dalam kereta.Senang untuk pergi dan tidak kelam kabut nanti.

Dan biasanya kalau sakit macam nie,12 jam selepas itu,memang kita akan hendak bersalin.Jadi sementara menunggu untuk ke hospital,kerja asyik baring sahaja untuk mengurangkan sakit tersebut.Mujur juga Hospital berdekatan dan waktu malam,tidak banyak kenderaan untuk memudahkan letak kenderaan nanti.

Pukul 9 malam,rasa sakitĀ setiap setengah jam sekali.sejam selepas itu,rasa sakit menjadi setiap 10 minit sekali.Dalam pukul 12 mula terasa sakit setiap 5 minit.Kesakitan berkala atau contraction ini ini adalah petunjuk bahawa saya mesti pergi ke hospital dengan segera.Barang pun dah di masukkan ke dalam kereta lebih awal lagi.

Dewan Bersalin Di Hospital Serdang

Pukul 1 pagi barulah kami bergerak ke Hospital.Alhamdulillah Haris dah lena tidur dan tinggal bersama mak dan abah yang ada di rumah.Sampai sana lebih kurang 1:15 pagi,suami berhentikan kereta di hadapan dewan bersalin.Saya cuma bawa dokumen penting seperti di bawah :

  • Sijil Nikah atau kad kahwin
  • Kad Pengenalan
  • Buku Merah
  • Surat GL

Beg dan barangan bayi ditinggalkan di dalam kereta bersama suami yang mencari tempat untuk meletak kenderaan.Semasa daftar di kaunter barulah perasan yang kad kahwin tertinggal di rumah.Nasib baik suami yang baru sampai dari tempat parking ada membawa kad nikah tersebut.

Masa kami sampai,kelihatan lebih kurang 20 ibu mengandung yang hendak bersalin juga di sana.Jadi agak lama juga tempoh menunggu sementara nama di panggil.Lebih kurang pukul 2 pagi,nama saya di panggil dan masuk ke observation room.

Pada pukul 6 pagi barulah saya di bawa ke dewan bersalin.Jururawat hanya akan membenarkanĀ suami masuk ke dewan bersalin bila isteri sudah bersedia untuk melahirkan anak.Masa itu memang penting untuk suami berada di ruangan menunggu dan jika terlepas mesti rasa sayang sekali.Dan elakkan dari menghisap rokok sebelum masuk kerana bau boleh menyebabkan gangguan baik kepada isteri dan juga doktor yang bertugas.

Dalam pukul 6:30 pagi saya selamat melahirkan anak yang kedua.Seperti yang di scan sebelum ini,jantina adalah anak perempuan dan dapatlah kami anak sepasang.Terima kasih kepada Kakitangan Hospital Serdang yang cukup profesional sekali.Dan kami cukup bersyukur kepada Allah kerana memberikan cahaya mata dan semoga di lindungi selalu.

Selepas ini,saya akan bercerita pengalaman ketika melahirkan anak kedua dan hari pertama bergelar ibu bagi si puteri.Dan bagaimana penerimaan abang terhadap adiknya.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 1 comments
Cik Iman - November 9, 2014

alhamdullillah semua selamat ya šŸ˜€

Reply

Leave a Reply: