1

25 Soalan Berkaitan Khasiat Dan Kelebihan ESP Shaklee

ESP Shaklee merupakan antara produk yang mendapat permintaan tinggi sekali.Tidak kira samada pengedar Shaklee mahupun pengguna akan jatuh hati setelah mencubanya buat kali pertama.

Apatah lagi mereka yang suka makan makanan berasaskan soya seperti tempe dan juga kicap.Perkataan soy diambil dari bahasa jepun iaitu shoyu.Patutlah orang utara panggil kicap sebagai toyu.

Manakala tempe pula sering dikatakan sebagai makanan yang boleh mencantikkan kulit.Sejauh mana kelebihan soya di dalam makanan kita dapat anda ketahui nanti.

Sedap sangat ker ESP sampai laris di pasaran?

Bagi menjawab persoalan ini,anda boleh membaca info menarik berkaitan produk ini.Dan jika anda hendak membuat tempahan bolehlah menghubungi saya di talian 0182338384.

Energizing Soy Protein Shaklee Dan Khasiatnya

  • Apakah yang membezakan produk ini dengan yang ada di pasaran

Pertama sekali ESP tidak mempunyai perasa dan pemanis tiruan.Energizing Soy Protein merupakan non-GMO soy protein iaitu tidak di ubah secara genetik.Ia di kawal secara rapi melalui IPP program bagi menjaga kualiti semasa pengguna meminumnya.

  • Bagaimanakah cara pengambilannya

ESP boleh di ambil dengan mencampurkan ke dalam shaker yang mengandungi air suam dan digoncang supaya sekata.Anda tidak disarankan menggunakan air yang panas kerana boleh mengurangkan nutrisi di dalamnya.

Minuman ini boleh di ambil di awal pagi atau ketika anda sedang berdiet.Pastikan kuantiti pengambilan bagi setiap hari adalah tidak melebihi 3 sudu besar.

  • Bolehkah serbuknya di campur dengan minuman kegemaran saya

Ya,anda boleh mencampurkan ke dalam sebarang minuman kegemaran anda kecuali minuman bergas dan juga berkafein tinggi.Bagi menjadikan rasanya lebih sensasi,campurkan serbuk soya ini dengan buah-buahan dan di blender dengan ais dan hasilnya satu smoothie yang penuh berkhasiat.

  • Berapa lama tempoh penggunaannya

Setiap canister boleh tahan antara 1 hingga 2 bulan jika cara pengambilannya 1 sudu atau 3 sudu besar setiap hari.

  • Alhamdulillah saya kini telah hamil,sesuaikah produk soya dengan saya

Produk ini boleh diambil oleh wanita yang mengandung.Nutrisi yang ada dapat di serap oleh bayi bagi membantu perkembangan mereka semasa berada di dalam kandungan.Selain itu,minuman soya juga membantu mengekalkan tenaga kepada ibu hamil yang sering letih dan penat ketika mengandung

  • Adakah kandungan gula tinggi kerana saya mempunyai penyakit kencing manis

ESP adalah minuman yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan sesuai untuk mereka yang mempunyai diabetes.

  •  Berapakah berat bagi satu canister

Berat bagi satu canister adalah sebanyak 850g

25-Soalan-Menarik-Berkaitan-ESP-Shaklee

  • Mengapakah protein penting kepada tubuh badan kita.

Fungsi protein adalah membina dan mengekalkan sel dan otot pada badan kita.Protein membantu dalam mengekalkan enzim,mengangkut dan menyimpan oksigen dalam haemoglobin,sumber antibody bagi melindungi tubuh dari penyakit dan memberikan tenaga supaya tidak cepat letih.

  • Apakah nutrisi yang ada di dalamnya

Antara Nutrisi yang ada bagi setiap hidangan adalah seperti Vitamin B6, Iron, Riboflavin, Thiamin, Niacin, Kalsium dan juga asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan

  • Bolehkah bayi saya meminumnya bagi menggantikan susu formula

Produk ini tidak sesuai untuk mereka yang berumur 1 tahun ke bawah.Pada peringkat ini susu ibu mencukupi untuk keperluan bayi.Ibu yang menyusu boleh berkongsi zat dengan bayi mereka melalui susu badan.Kami juga tidak menyarankan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke bawah.

  • Jika tidak boleh,adakah terdapat produk shaklee untuk anak saya

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas,kami mencadangkan Meal Shakes sebagai alternative kepada anak anda.Anak anda akan menyukainya kerana Meal Shakes mempunyai rasa yang sedap dan nutrisi penting yang di perlukan oleh mereka.

Kepentingan-Nutrisi-Kepada-Kanak-Kanak

  • Mengapa Asid Amino Penting kepada kita

Minuman Kacang Soya ini lengkap dengan asid amino yang perlu dan tidak perlu oleh badan kita.Asid amino tidak perlu boleh di hasilkan oleh badan kita sendiri.Manakala 9 asid amino yang perlu tetapi tidak boleh di hasilkan adalah seperti Histidine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Threonine,Tryptophan dan Valine.

9 asid amino perlu ini penting dalam proses pembinan dan menggantikan sel tisu yang rosak,menstabilkan  tekanan,peringkat tumbesaran,memecahkan lemak, serta menyeimbangkan protein dalam badan.

  • Saya telah mengambil protein yang mencukupi.Jadi saya rasa saya tidak memerlukan ESP untuk membekalkan sumber protein kepada badan saya.

Antara makanan yang boleh membekalkan protein kepada anda adalah seperti telur,daging,ayam,kekacang,tempe dan juga makanan laut.Cuma anda tidak boleh mengambilnya dengan kuantiti yang banyak kerana sesetengah makanan mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi.Apatah lagi cara penyediaannya yang boleh mengurangkan kandungan nutrisi makanan tersebut.Jadi sebagai pelengkap kepada kehilangan nutrisi tersebut,anda boleh mengambil makanan tambahan yang rendah lemak dan bebas kolestrol

  • Saya mengalami masalah berat badan berlebihan.Adakah Produk ini boleh membantu untuk saya menjadi kurus

Minuman ini membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lama.Ini akan menyebabkan anda kurang untuk mengambil makanan lain yang boleh menjadi factor kepada kegemukan.Produk ini juga bertindak mengekalkan otot supaya badan anda tidak kelihatan menggeleber akibat penurunan berat badan.Bagi memastikan kesan yang optimum anda di sarankan mengambil alfalfa/Herb lax untuk proses menyingkirkan toksin manakala Lecithin/Omega Guard bertindak memecahkan lemak yang terdapat dalam badan.

Adalah penting untuk anda turun berat badan secara selamat.Jangan mengamalkan diet ekstrem yang boleh menjejaskan tahap kesihatan atau boleh menyebabkan anda menjadi gemuk semula.

  •  Adakah susu badan saya akan meningkat jika mengambil minuman ini setiap hari

Teknik penyusuan yang salah boleh menyebabkan susu badan anda tidak mencukupi untuk keperluan bayi.Selain itu,keletihan juga menyebabkan susu badan anda berkurangan.Di dalam memastikan susu badan anda bertambah,anda haruslah memahami konsep demand and supply.

Selain itu,anda perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan jangan skip waktu makan.Pastikan juga anda minum air dengan kuantiti yang banyak.

ESP pula bertindak membekalkan nutrisi kepada wanita menyusu dan juga bayi melalui susu yang dihisap oleh mereka.Minuman ini juga mengekalkan tenaga agar dan setersunya membantu meningkatkan susu badan.

  • Siapakah yang tidak boleh mengambil ESP Soy Protein

Minuman ini tidak disarankan untuk mereka yang berumur di bawah 12 tahun dan mereka yang mempunyai masalah buah pinggang yang serius.

  • Saya selalu tidak makan di awal pagi kerana tidak sempat menyediaakan sarapan.Lamakah masa untuk menyediaakannya.

Anda boleh menyediaakan minuman penambah tenaga dalam tempoh yang singkat.Hanya perlu masukkan satu sudu ke dalam shaker yang mengandungi air suam dan digoncang supaya sebati.

  • Dapatkah ESP membantu menjadikan kulit saya bertambah cantik

Sudah pasti anda akan berasa warna kulit menjadi sekata dan tidak kusam lagi.Kebanyakan pengguna suplemen ini akan merasakan kulit mereka bertambah gebu dan kesan jerawat dan parut terutama di bahagian muka berkurangan.

  • Saya pernah melihat orang menjadikannya sebagai masker.bagaimanakah cara penyediaannya

Selain dari mencantikkan kulit wajah,masker juga merupakan satu terapi untuk menenangkan fikiran.Semasa keadaan tersebut,anda akan berada dalam keadaan yang sunyi yang membolehkan otak anda relax dan focus.Untuk menjadikan

Untuk menjadikan lebih efektif,apakata pasang alunan music yang mempersonakan.Jadi ini akan mengurangkan stress dan menambahkan keceriaan pada kehidupan anda

  • Ambil satu sudu besar serbuk esp dan di letakkan di dalam piring
  • Campurkan dengan sedikit air dan yoghurt plain dan di kacau sehingga sekata
  • Tepek di bahagian muka dan biarkan selama satu jam
  • Selepas itu anda boleh membasuh dengan air bersih
  •  Adakah terdapat produk Shaklee yang boleh di ambil semasa bersahur

Bersahur adalah penting bagi mereka yang hendak berpuasa di siang hari.Dengan bersahur,anda dapat mengurangkan rasa lapar dan letih.Saya menyarakan anda mengambil set mighty 3 Gem yang mengandungi ESP Shaklee,Meal Shakes dan juga Performance Drink.

Kedua-dua minuman soya ini boleh di ambil sewaktu anda bersahur.Performance Drink pula di minum sewaktu berbuka puasa bagi mengekalkan elektrolit di dalam badan anda.

  • Saya mempunyai gastrik tetapi tidak sempat mengalas perut kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.Bolehkah saya mengambilnya  sahaja tanpa makanan lain.

Jarang mengambil makanan boleh menjadikan gastrik anda bertambah teruk.Atas sebab itu anda di sarankan untuk mengalas perut dengan makanan seperti biskut dan minuman  yang mengenyangkan dan cepat disediaakan.Keadaan ini sesuai bagi mereka yang sibuk dengan pekerjaan.

Juga ramai yang tahan perut ketika menghadiri majlis seperti konvokesyen,upacara perasmian atau majlis yang formal.Anda beranggapan boleh tahan sehingga majlis itu tamat atau dapat makan dengan banyak nanti.Hasilnya anda akan mudah di serang gastrik atau pitam kerana berasa lapar sekali

  • Bolehkah saya menyimpan serbuknya di dalam bekas lain untuk di bawa ke pejabat.

Tiada ada masalah untuk anda menyimpannya di dalam bekas lain.Cuma pastikan bekas yang digunakan ditutup secara kemas.Anda tidak disarankan untuk membuat simpanan dalam plastik yang boleh menjejaskan nutrisi bagi setiap hidangan.

  • Sesuaikan produk ini dengan masalah wanita seperti hormone tidak stabil dan menopause

Minuman ini dapat membantu menstabilkan hormon terutama mereka yang berada di fasa menopause.Anda juga di sarankan mengambil GLA bagi mengurangkan tekanan dan stress di waktu tersebut.

  • Apa itu IPP

IPP adalah singkatan kepada Identity Preservation Program . Program ini memastikan penghasilan Energizing Soy Protein di pantau dan di kawal secara rapi bermula dari peringkat penanaman sehinggalah proses pengeluarannya.

  • Bagaimanakah cara untuk saya membeli ESP Shaklee

Anda boleh sms atau whatapps ke nombor 0182338384 untuk membuat pesanan.Penghantaran akan menggunakan pos laju atau gdex di mana sahaja anda berada.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 1 comments
Mohd annuar - August 25, 2017

Asslammuallaikum.. saya sering terbaca di laman sesawang dimana susu shaklee ini boleh membantu bagi kanak2 yg ade masalah sembelit.sejauh mana kesahihannye dari iklan2 dan blok2 agen shakle dilaman sesawang..kalau boleh membantu menyelesaikan sembelit pada anak saya,mohon tunjuk ajar bagaimana kaedah dan sukatan untuk diberi pada anak saya yang berumur 2 tahun 10 bulan.. anak saya mempunyai masalah sembelit.. dan ade doktar pakar kanak2 kpj memberi tahu saya susu soya pun boleh menyebabkan sembelit.. dan saya telah mencuba susu soya isomil pada anak saya.. memang sembelit.air.. betik pun saya bg dah.tp tetap sembelit kalau putus ubat. Walaupun saya faham usus manusia panjang. Dan memerlukan rawatan yg lama.tp bila stop je ubat sembelit balik..terlalu bergantung pada ubat sgt untuk membuang air besar.ini membuatkan saya risau dgn pengambilan ubat ubatan..harap persokalan saya dapat tuan puan menjawabnye.. sekian

Reply

Leave a Reply: