7

5 Panduan Mudah Mendidik Anak Mengenal Solat

Solat adalah tiang agama dan amalan penting yang wajib di lakukan tiap-tiap hari.Seseorang yang menjaga solat dengan sempurna,InsyAllah terpelihara dari niat untuk melakukan sebarang dosa.Atas sebab itulah kita perlu mengajar anak untuk bersolat ketika masih kanak-kanak.

Ketika ini,minda mereka masih senang untuk di bentuk.Mereka akan mudah mendengar kata dan mengikut arahan ibu bapa.Ini bersamaan dengan Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud

 “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)

1. Bawa Ke Surau

Surau atau masjid adalah satu tempat yang mudah untuk kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.Menjadi sifat manusia yang mudah tertarik dengan perkara yang di lakukan secara beramai-ramai.Bukan itu sahaja,selalunya,terdapat rakan sebaya yang turut di letakkan dalam saf yang sama.Mereka akan mengikut perbuatan orang dewasa walau adaketikanya turut bermain sama.

Jangan pula kita marah mereka dengan meninggikan suara.Perkara ini boleh mendatangkan rasa takut untuk menjejak kaki ke surau lagi.Kita boleh menasihati mereka dengan lemah lembut yang lebih mudah untuk mereka ingat.

Bukan itu sahaja,ketika membawa anak ke surau,anda boleh juga membekalkan duit untuk mereka menderma di tabung surau.Ini dapat membentuk sifat suka menderma kepada yang lebih memerlukan.

2. Ajak anak solat bersama-sama

Kita juga boleh mengajak anak yang masih kecil untuk turut bersolat.Mereka akan berasa seronok kerana dapat melakukan aktiviti yang sama dengan kedua-dua ibu bapa.Kalau boleh biar mereka bentang sendiri sejadah untuk bersolat.

Mengajar-Anak-Bersolat

3. Ajar cara berwudhu

Semasa memandikan mereka,kita boleh mengajar mereka untuk mengambil wudhu.Biasanya Haris amat suka kerana dapat bermain air dan adakalanya pertanyaan datang bertalu-talu.Sebagai ibu bapa memang kena sabar dengan karenah anak-anak yang sedemikian.

4. Tengok rancangan yang pendidikan agama

Dalam rancangan upin dan ipin ada cerita berkaitan mari mengaji dan juga bersolat.Seperti kita sedia maklum,upin dan ipin merupakan rancangan kesukaan bagi kanak-kanak yang ada di Malaysia.Bahkan populariti kartun ini telah sampai ke Indonesia.Atas sebab itu,mereka lebih mudah untuk meniru apa yang di lakukan oleh watak kesayangan mereka.

Sekarang ini,kalau bawa kereta antara Nasyid kesukaan Haris adalah dari dari Kumpulan UNIC iaitu Doa Dhuha.Boleh kata dia dah hafal lirik nasyid tersebut.Dan ditambah lagi dengan Ya Hanana yang semakin popular sejak kebelakangan ini.Ini menunjukkan apa yang di dengar setiap hari,akan lebih mudah masuk ke dalam otak.

5. Selalu Bersolat

Seperti saya katakan tadi,kanak-kanak akan mengikut perbuatan ibu bapa mereka.Jadi untuk memastikan mereka mudah untuk bersolat,kita juga hendaklah selalu bersolat.Lakukan di hadapan mereka supaya mudah untuk kita mengajar secara tidak langsung.

InsyAllah dengan amalan yang kita lakukan ini,dapat membentuk jiwa anak yang soleh dan solehah.Merekalah antara amalan yang akan sampai kepada kita semasa berada di alam kubur nanti.Semoga anak saya dan anda menjadi muslim serta muslimah yang sejati.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 7 comments
Iffah Azhar - October 29, 2014

Jangan lupa satu lagi tips hebat, iaitu kuasa DOA! “Rabbij`ani muqimas solati wa minzurriyyati, Rabbana wataqabbal du`aa”.

Reply
Mak Jemah Jual Vitamin - October 29, 2014

betul tu ibu bapa contoh terbaik utk anak-anak..tips lain nak galak anak2 solat belikan telekung comel utk dorang, kadang suh dorang pilih nak warna apa..bila kesukaan dia makin semangat dia nak belajar solat

Reply
Yeen - October 30, 2014

Alhamdulillah.. saya pun dah cuba2 mengajar anak bersolat dengan lebih konsisten.. doakan berjaya 🙂

Reply
Amalina - October 30, 2014

tq sharing..anak2 saya pun suka lagu doa dhuha ngn ya hanana tu..selalu pasang cepat je diorang hafal=)

Reply

Leave a Reply: