Bayi 6 Bulan-Makan-Minum Dan Bermain

Puteri Hanan berusia 6 bulan dan setakat ini kesihatan beliau bertambah baik.Saya juga berjaya memberikan penyusuan eksklusif kepada beliau.Alhamdulillah tahap kesihatan pun bertambah baik.Beliau sudah pandai bergerak seperti renang dalam acara kuak kupu kupu dan juga kuak lentang.Kuak lentang itu kalau merajuk dan hendak kita dukung untuk bermain bersama.

Di dalam menggalakkan beliau untuk bergerak,kami menggunakan mainan yang mempunyai corak menarik dan tidak berbahaya kepada mereka.Kombinasi warna dan boleh bergolek menjadi tarikan untuk mereka mengejar mainan tersebut..Mainan itu kami beli 5 tahun lepas dan masih elok hingga ke hari ini.

Mainan Kesukaan Puteri

Ini adalah aktiviti yang beliau baru belajar.Jika awal pagi beliau akan memanjat dan berdiri.Selepas itu beliau akan berjalan semasa berada dalam kedudukan berdiri tersebut.Cuma perlu di awasi kerana belum stabil dan takut terlentang ke belakang.

Puteri Memanjat Kotak

Puteri juga sudah pandai untuk memegang botol susu sendiri.Apa yang menariknya beliau boleh berhenti sebentar dan memasukkan kembali puting susu ke dalam mulut.Yang ini pun ibu bapa perlu perhatikan selalu.Bimbang mereka akan tersedak atau susu mengalir keluar melalui lubang yang ada di puting tersebut.

Beliau juga kerap mencapai sesuatu untuk di masukkan ke dalam mulut.Jika tidak ada yang boleh dicapai,beliau akan memasukkan jari ke dalam mulut.Kami pernah cuba memberikan puting kosong untuk di hisap.Tetapi beliau akan meluahkan kembali puting tersebut.Nasib baik puting tersebut mempunyai penutup yang automatik bagi mengelakkan melekat habuk apabila jatuh ke lantai.

Puteri Minum Susu

 

Dan di usia begini,kami mula memperkenalkan makanan seperti puri lobak merah, epal, labu, keledek, bayam dan juga bubur nasi.Antara banyak makanan tersebut,bubur nasi kosong menjadi kesukaan beliau.Untuk itu saya akan memasak di awal pagi.Selepas itu,nasi itu dilenyek/dikisar supaya mudah dihadam oleh perut bayi.

Kini beliau menunjukkan tanda untuk merangkak.Sudah tentu pergerakan akan bertambah lincah.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments

Leave a Reply: