5

Benarkah Master Checklist Membantu Kita Menjadi Master Coordinator

Master Checklist Shaklee adalah komplikasi yang diamalkan oleh Presendential Master Cery.Checklist ini di jadikan rujukan dan panduan untuk kemudahan downline di bawahnya.Dengan mengikut apa yang diajar oleh mereka,sudah pasti kita berpeluang mengecapi kejayaan menjadi Master Coordinator nanti.

3 Perkara Penting Dalam Master Checklist

Master Checklist ini membolehkan anda lebih memahami bagaimana untuk menjadi pengedar Shaklee yang berjaya.Berjaya bukan sahaja di dunia,tetapi memberi keseimbangan untuk kehidupan yang kekal abadi nanti.

Pada peringkat permulaan anda akan berasa susah untuk melakukannya.Iyelah untuk bangun pukul 2 pagi sudah pasti berat untuk kita semua.Apatah lagi melakukan perkara yang bukan menjadi kelaziman buat diri kita.

Atas sebab itulah,anda perlu mengikut Master Checklist ini secara konsisten.Anda akan melatih diri anda di dalam belajar perkara baru dan lama-kelamaan setiap perkara nampak mudah sahaja.

Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian

Amalan Fizikal

Pemasaran secara online memang membuka lembaran baru dalam MLM di Malaysia.Ini terbukti dengan kelahiran berpuluh-puluh Master Coordinator hanya beberapa tahun bersama Shaklee.Yang paling cepat adalah di bawah setahun.Sudah pasti usaha dan masa mereka di manfaatkan sepenuhnya.

Amalan Master Checklist Shaklee

Satu sebab mengapa pemasaran secara online berjaya adalah kerana anda berkongsi kebaikan produk dengan ramai orang.Mereka melihat anda bukan menjual tetapi memahami masalah yang sedang mereka hadapi.

Dengan itu mereka akan mengambil keputusan untuk membeli dan seterusnya menjadi ahli.

Antara pemasaran yang popular adalah seperti pemasaran melalui blog,facebook dan juga emel.Di dalam Master Checklist,ditekankan anda melakukan semua perkara secara konsisten.Contohnya anda perlu update blog setiap hari/ 3 kali seminggu supaya blog dipenuhi informasi berkaitan produk Shaklee.

Dengan info yang banyak,pasti blog anda akan menjadi magnet kepada pelawat di Google.Mereka akan membaca info tersebut dan lebih yakin untuk membeli.

Selain itu,anda juga perlu membuat blogwalking bagi mengeratkan hubungan sesama blogger.Mungkin satu hari nanti blogger tersebut berminat untuk menjadi pengedar Shaklee di bawah rangkaian anda pula.

Selain itu,anda juga perlu berkomunikasi dengan pelanggan lama.Anda boleh bertanya berkaitan keberkesanan produk atau setakat bertanya khabar.Sudah pasti perhubungan ini membentuk kepercayaan dalam diri mereka.Mereka lebih yakin untuk membuat pembelian yang seterusnya dari anda.

Amalan Rohani

Keberkatan adalah penting dalam perniagaan kita.Dengan rezeki yang halal walaupun sedikit,kita akan berasa tenang sekali.Amalan rohani adalah satu cara untuk kita bersyukur dengan rahmatNya.Dialah yang memberikan rezeki kepada hamba yang sering meminta dan berdoa setiap masa.

Antara amalan rohani yang ada dalam Master Checklist adalah seperti Solat Dhuha, Tahajud, Doa Spesifik dan juga memberi sedekah.

Amalan ini mampu untuk membentuk keperibadian diri yang mulia serta mengelakkan kita lalai dari mengingatiNya.

Amalan Minda

Pernahkah ketika di awal pagi anda berada di dalam keadaan yang marah-marah dan tertekan.Dan seterusnya sepanjang hari anda berasa serba tidak kena sahaja.Ini kerana minda anda memberi isyarat yang negatif.Ini menjadikan anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional.

Minda yang sentiasa positif mampu menangkis setiap dugaan yang datang.Anda akan lebih berkeyakinan tinggi dan percaya semua orang boleh berjaya dengan usaha yang mereka lakukan.Rahsia Cermin Ajaib dan Affirmation adalah dua contoh dalam membentuk minda yang berjaya.Anda memuji diri sendiri dan yakin bahawa anda adalah pengedar yang di cari oleh mereka yang mahukan produk shaklee.

Bagi menjayakan master checklist ini,anda perlulah bersabar dan tidak mudah berputus asa.Tetapkan matlamat anda yang betul untuk menambah pendapatan keluarga.Di samping itu,anda juga hendak membantu lebih ramai orang di dalam penjagaan kesihatan mereka.

Cubalah melakukan Amalan di dalam master checklist Shaklee selama 40 hari dan saya yakin,anda akan menjadi mudah untuk mempraktikkan pada hari ke 41 nanti.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 5 comments
mohdridzwan - August 22, 2014

Wow…hebat juga yer sebab dah sampai tahap master dalam bidang Shaklee ni.
Mesti bukan kerja mudah kan.
Apapun, blog ni penuh dengan informasi dan boleh menjadi sumber rujukan orang lain.

Reply
Mohd Shubhi - August 22, 2014

Panduan yang amat menarik ni. Tentu berkesan akalu dapat diamalkan.

Reply
Zufar - August 23, 2014

menarik….wlopon kdg2 susah nak buat smuanya skali gus apa yg penting effort kita utk hidup lebih sistematik…sy lebih suka guna aps dlm phone jer..snang nk tgok boleh dibawa kemana2 dan ada alarm lagi..hehe..

Reply
rokiah - September 26, 2014

terima kasih atas perkongsian ini..nak berjaya bukan mudah..semua kena buat dengan hati yg kuat

Reply
Umiadam - October 19, 2016

Terima kasih atas perkongsian INI.

Semoga beroleh rezeki yang berkat

Reply

Leave a Reply: