2

Berpantang Di Rumah Sendiri-Keluarga Atau Mertua

Pemilihan tempat berpantang selepas melahirkan bayi perlu di rancang dengan rapi.Ini bagi membantu ibu bersalin mendapat penjagaan rapi sepanjang tempoh tersebut.Ada yang memilih untuk berpantang di rumah sendiri,keluarga atau mertua.

Macam saya,kelahiran anak pertama di sambut di Johor Bahru.Jadi sudah tentu kami memilih untuk berpantang di rumah keluarga sendiri.Masa itu,kedua-dua ibu bapa masih kuat dan cergas untuk menguruskan saya dan juga bayi.

Tambahan pula,suami bekerja di sini dan tiada masalah untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Boleh juga minta tolong untuk membelikan barang keperluan harian dan juga membawa ke klinik.

Ini adalah serba sedikit yang saya alami semasa tempoh berpantang selama 44 hari.

Penjagan Semasa Tempoh Berpantang.

Masakan untuk ibu yang sedang berpantang

Tidak semua makanan boleh di makan oleh ibu yang baru bersalin.Makanan yang berminyak,berlemak,pedas tidak boleh disediakan kepada mereka.Ibu yang berpantang juga tidak boleh makan buah-buahan yang sejuk dan tajam.

Kebiasaan makanan tersebut akan di panggang,di rebus atau di kukus untuk makanan ibu yang bersalin.Penjagaan ini penting di dalam memastikan ibu bersalin cepat sembuh dan bertenaga semasa tempoh berpantang.

Mandi Bayi

Bagi yang pertama kali pasti berasa kekok untuk mandikan bayi.Dan anda juga perlu memegang bayi dengan cara yang betul supaya tidak terlepas dari pegangan yang boleh mendatangkan kecederaan pada bayi.Pastikan juga air mandian tidak terlalu panas atau sejuk untuk bayi mandi.

Cara moden adalah mengukur dengan thermometer atau memeriksa suhu air dengan mencelupkan siku ke dalam tab mandi.Selepas mandi,lapkan dengan kain kering dan dibalut dengan kain bersih untuk memanaskan dan memberi keselesaan pada bayi.

Berpantang Di Rumah Keluarga

Urutan Pada Bayi

Urutan dapat membuatkan bayi kita berasa selamat.Dengan mengurut kita dapat membina perkembangan diri mereka.Urutan juga dapat mengelakkan bayi mendapat angin pasang atau kembung.

Ada juga yang kata,urutan dapat menjadikan badan bayi pejal dan kuat.Kira satu bentuk senaman ringkas untuk bayi tersebut.Bahagian yang boleh di urut adalah seperti.

  • Urutan kepala dan muka menggunakan hujung jari dan ibu jari
  • Urutan dada yang menggunakan permukaan tangan
  • Urutan tangan dengan mengenggam lembut tangan bayi
  • Urutan kaki dengan menggenggam lembut dan menggunakan ibu jari pada tapak kaki.
  • Urutan Perut Dan Belakang Bayi dengan cara mengusap secara lembut

Kesemua urutan ini perlu dilakukan dengan lembut dan cermat supaya tidak menyakitkan bayi.Sentuhan yang di lakukan dapat membuatkan bayi berasa lebih selamat.Apatah lagi jika ibu itu sendiri yang dapat menjalin kemesraan antara ibu dan anak.

Urutan pada ibu

Ibu yang bersalin sering berasa kejang dan letih kerana kehilangan darah semasa bersalin.Jadi dengan mengurut dapat mengembalikan tenaga semula dan memelihara sistem peranakan.

Urutan boleh dilakuan pada hari ke tiga atau lima dengan posisi meniarap,mengiring atau terlentang.Pemilihan posisi ini mengikut keselesaan ibu tersebut.Sekiranya terdapat darah yang masih keluar,urutan tidak boleh di lakukan dan sila rujuk dengan doktor perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.

  • Urutan seluruh badan bagi menaikkan rahim semula
  • Urutan pada payudara untuk melancarkan pengeluaran susu
  • Urutan bagi mengelakkan bengkak dan melancarkan peredaran darah

Pakai Bengkung

Memakai bengkung dapat mengelakkan bahagian perut dari menggeleber.Berbengkung juga membantu memelihara organ dalaman serta menjadikan bentuk badan ramping semula.

Makan Jamu

Bagi sesetengah tempat,makan jamu di wajibkan kepada ibu yang bersalin.Jamu tersebut membantu dalam mengecutkan rahim,memberikan tenaga,membuang angin dan memelihara kesihatan ibu untuk jangka masa panjang.Bagi yang tidak boleh mengambil jamu,boleh mencuba set bersalin shaklee yang kaya dengan nutrisi yang di perlukan oleh ibu bersalin.

Klinik Kesihatan

Bayi yang kuning akan di bawa ke klinik untuk di periksa kadar kekuningan mereka.Anak pertama saya juga mempunyai tanda-tanda kuning dan masa itu,abah dan mak yang membawa ke klinik yang berdekatan.

Kita juga perlu melaporkan kelahiran di klinik kesihatan yang berdekatan.Dengan ini,jururawat akan datang ke rumah setiap hari untuk memeriksa ibu dan juga bayi.Jururawat Masyarakat akan memeriksa kesihatan seperti tanda jaundice,penyusuan,berat badan serta melihat samada rahim mengecut atau tidak.

Itulah serba sedikit penjagaan semasa tempoh berpantang.Bagi yang hendak berpantang di rumah sendiri boleh juga mendapatkan perkhidmatan tukang urut yang menyediaakan pakej antara 3 hingga 28 hari mengikut bajet kita.Mereka akan melakukan tugasan seperti memasak makanan untuk ibu,memandikan bayi,mengurut bayi dan ibu serta bertungku.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.