1

Cara Mengurangkan Rasa Meloya Di Peringkat Awal Kehamilan

Pada peringkat awal kehamilan,kita akan berasa tidak sedap badan.Perut berasa sebu dan macam ada banyak angin tetapi tetap tidak selera untuk menjamah makanan.Perkara ini biasa terjadi kepada ibu hamil dan tidak menjejaskan kandungan kita.

Cuma pastikan makanan yang kita ambil adalah seimbang sebagai nutrisi dan kesihatan janin.Kalau hendak ambil ubat,pastikan mendapat pandangan doktor dahulu supaya tidak memudaratkan kesihatan kita.Dan bagi yang mengidam,masa inilah boleh minta tolong suami untuk memenuhinya.Biasa suami akan lebih prihatin dengan permintaan isteri yang tengah mengandung.

Aktiviti Ringan Buat Ibu Hamil

Orang perempuan selalunya tidak ada selera untuk makan masakan sendiri.Ada yang rasa makanan seperti payau sahaja.Jadi sekali sekala ajak suami untuk makan di luar supaya perut tidak berasa senak nanti.Kalau suami pandai masak boleh juga minta tolong dia masakkan.

Makan Di Luar

Berkumur juga boleh menyebabkan kita hendak muntah.Jadi sebelum berkumur,anda boleh ambil biskut atau coklat terlebih dahulu.

Deria hidu kita menjadi begitu sensitif.Ada yang menjadi loya di sebabkan bau wangi dari minyak perfume.Kalau ada minyak angin boleh juga disapukan di hidung sedikit.

Kalau duduk dirumah kita akan berasa cepat mengantuk.Jadi untuk mengurangkan rasa mengantuk,kita boleh keluar berjalan-jalan di shopping mall ataupun di taman.Udara segar di sana akan membuatkan kita berasa nyaman nanti.

Jauhi tempat yang berdebu atau banyak habuk.Ini bleh menyebabkan alahan kita menjadi bertambah teruk.Kalau keadaan cuaca berjerebut,elakkan dari keluar rumah dan hanya pergi tempat yang penting sahaja.

Makanan Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Madu

Madu ini kaya dengan pelbagai nutrisi.Madu juga dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah.Madu juga meningkatkan imunisasi serta mengelakkan sembelit kerana mempunyai pelawas semulajadi.

Buah mangga

Buah Mangga atau buahan yang masam dapat mengurangkan rasa loya kita.Pengambilan buah-buahan dapat membekalkan vitamin C untuk keperluan tubuh badan.

Buah Kurma

Kurma dapat membekalkan tenaga kepada ibu hamil yang sering berada dalam keadaan keletihan selalu.Kurma juga kaya dengan serat yang membantu sistem percernaan dan mengelakkan dari terjadinya sembelit.

Biskut Kering

Biskut atau snack ringan dapat mengelakkan perut dari berangin.Apatah lagi dengan paket yang mudah di bawa kemana-mana.Anda boleh memakannya sebelum mengambil makanan berat.Ini juga membantu mengawal berat badan anda.

Minum the o halia

Halia dapat membuang angin yang menyebabkan ketidakselesaaan pada perut.Untuk lebih cepat anda boleh masukkan 2 biji peppermint ginger plus ke dalam teh o panas dan minum di awal pagi.

Sekali lagi,walaupun anda kurang berselera,pastikan ambil makanan yang kaya dengan nutrisi.Ini bagi memastikan janin menerima nutrisi lengkap dan kesihatan anda terjaga.

Jika anda ada tips dan pengalaman ketika awal kehamilan boleh kongsikan dengan kami di ruangan bawah ini.Ini untuk membantu ibu hamil di dalam mendapat info terbaik bagi mengurangkan rasa meloya mereka.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.