9

Khasiat Susu Kambing Dalam Merawat Jaundice

Pagi semalam,jururawat Klinik ada datang ke rumah untuk buat pemeriksaan ke atas Puteri Nurul.Jururawat ini akan datang setelah menerima laporan yang di buat oleh kita di sana.Semasa di rumah,mereka mengesahkan bahawa Puteri Nurul ada simptom kekuningan di kulit dan mata beliau.

Seperti biasa,mereka akan mengarahkan ibu bapa untuk membawa bayi ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.Memang perasaan bimbang tetap ada kerana setakat ini Puteri masih menyusu badan bagi mengurangkan jaundice tersebut.

Jaundice terjadi kerana lebihan bilirubin di dalam darah bayi.Pada peringkat ini,hati bayi masih belum mampu untuk menyingkirkan bilirubin dalam aliran darah.Jadi penyusuan badan amat penting supaya penyakit kuning dapat dikurangkan.

Dalam masa yang sama,suami turut membeli susu kambing yang dapat membantu menurunkan paras Jaundice.

Khasiat-Susu-Kambing-Asli

Susu kambing ini,suami beli di kedai mamak.Harganya sekitar RM7.50 dengan isipadu 250ml.Susu Kambing ini di botolkan dengan teknologi Vacuum Sealed bagi menjamin kesegaran semasa menikmatinya.Untuk mengujinya,suami ada menekan penutup botol yang tertulis Butang Keselamatan dan hanya berbunyi seperti pop pop pop selepas membuka penutup tersebut.

Mengikut suami,rasanya lebih elok dan tidak berbau.Pernah dahulu,masa berikhtiar untuk mendapatkan anak,kami meminumnya kerana dikatakan membantu dalam kesuburan suami isteri.Cuma pada masa itu,kami kena minum ketika susu masih suam bagi mengurangkan bau pada susu tersebut.

Kelebihan Susu Kambing Kepada Bayi Dan ibu

Susu kambing mempunyai nutrisi penting yang di perlukan oleh badan kita.Antaranya seperti Vitamin A,Vitamin D,Choline,Vitamin B1,Kalsium,Potasium dan mineral yang lain.

  • Tidak menyebabkan alahan kerana tidak mempunyai protein kompleks
  • Mempercepatkan penyembuhan luka semasa bersalin
  • Mempunyai khasiat seperti susu ibu yang mudah di cerna dan di hadam oleh perut kita.
  • Susu kambing juga dapat mengelakkan ibu bersalin dari terkena sembelit.
  • Membantu mengurangkan jaundice pada bayi.
  • Menyingkirkan toksin dalam usus
  • Merangsang penghasilan sel-sel darah merah

Walaupun begitu,anda tidak digalakkan untuk memberikan secara terus kepada bayi.Bayi anda mempunyai tahap imunisasi yang rendah bagi melindungi mereka dari sebarang bakteria yang ada.Bakteria ini wujud semasa proses pemerahan dan juga penyimpanan susu tersebut di dalam botol.

Jadi ia boleh menyebabkan bayi mendapat penyakit.Bagi mengelakkan perkara tersebut,ibu menyusu boleh minum susu kambing dan khasiat akan diterima oleh bayi mereka melalui susu badan.

Jika anda ada pengalaman meminum susu kambing atau ada petua merawat jaundice bolehlah berkongsi diruangan di bawah.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 9 comments
Abdur - November 12, 2014

Saya teringat semasa isteri tengah hamil yang juga mengamalkan minum susu kambing

Reply
azimah mohd zainuddin - November 12, 2014

Penyakit kuning memang sinonim dengan bayi. 6 dari 10 bayi akan dapat penyakit kuning. Semoga cepat sembuh Puteri Nurul

Reply
jaymiee - November 12, 2014

susu kambing semakin diminati…

Reply
Sithy Harjieah - November 15, 2014

Masa anak pertama kene kuning, carik susu kambing punya susah. Kalau salam botol camni kan sonok. Tak takut nak bagi baby 🙂

Reply
kismah - February 15, 2017

saya pun baru melahirkan bayi..Alhamdulillah bayi sihat (2.5). Sepanjang saya pregnant saya memang amalkan minum susu kambing jenama i-sihat yang Asli dan coklat Plus 10. Syukur rasa memang tak hamis..dan sedap. Anak sulung saya amin haikal turut sama minum dengan mama dia. Paling best tentang susu i-sihat ni sebab saya dapat consult percuma dengan Dr perubatan yang kendalikan soal jawab kesihatan produk i-sihat ni. Banyak tips semasa mengandung yg saya belajar.

Reply

Leave a Reply: