Larangan Merokok Di Hentian Rehat Lebuhraya

Kementerian Kesihatan telah mewartakan zon larangan merokok di semua hentian rehat lebuhraya.Ini dapat membendung perokok dari merokok di tempat tumpuan orang ramai terutama di meja makan.Mana-mana yang di tangkap,akan dikompaun sebanyak RM250 dan di beri amaran keras.

Pada bulan Februari lepas,kerajaan berjaya mengutip RM73000 dari 292 perokok yang tidak endah peraturan tersebut.Usaha ini perlu di lakukan secara berterusan di dalam menwujudkan satu persekitaran yang sihat dan udara yang bersih.Jika tidak asap rokok menjadi penyebab kepada orang lain mendapat penyakit walaupun mereka tidak merokok.

Larangan Merokok Di Hentian Rehat

Antaranya wanita yang hamil atau mempunyai bayi yang alah kepada asap rokok.Sudah tentu mereka akan berasa tidak selesa kerana bau dari asap rokok akan melekat pada baju.

Apa yang saya perhatikan,perokok masih berdegil dengan akta tersebut.Signboard berhenti merokok di hadapan mereka seakan-akan tidak mempunyai fungsi.Ada pula yang merokok di laluan pejalan kaki.Jika ditanya mereka akan menjawab untuk mengelakkan mengantuk ketika memandu nanti.Sudah tentu ianya berpunca dari nikotin yang ada pada rokok.

Satu langkah yang sesuai adalah membina satu kawasan untuk perokok.Jika di pelantar minyak,ada bilik khas dan corong yang akan mengeluarkan asap terus ke kawasan yang tinggi.Di situlah bolehlah mereka menghisap rokok tanpa membahayakan orang lain.Kita pun boleh menjamu selera tanpa asap rokok yang datang tanpa di undang ini.

Di harap kerajaan juga menwujudkan akta di larang merokok di restoren dan kawasan terbuka.Contohilah kerajaan negeri Melaka yang telah ada Zon Larangan Merokok.Bersama-samalah kita di menwujudkan persekitaran yang sihat untuk generasi akan datang.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments

Leave a Reply: