5

Mandian Herba Aura Selepas Bersalin

Mandian Herba ini di belikan oleh abang saya untuk kegunaan selepas bersalin.Itupun beliau order secara online sahaja dan harganya sekitar RM30-RM36 bagi setiap bungkusan yang mengandungi 3 pek mandian aura ini.Kira-kira bolehlah saya gunakan selama sebulan.Setiap pek mempunyai 7 herba yang terpilih seperti

  • Daun Meringan
  • Daun Pisang Kelat
  • Daun Pandan
  • Daun Halia Bara
  • Daun Serai Wangi
  • Daun Chappa
  • Inai

Kalau dekat bandar atau taman perumahan memang sukar nak cari kesemua herba tersebut.Mujur dengan adanya individu yang masih mengekalkan perubatan secara tradisional ini.

Mandian-Herba-Selepas-Bersalin

Kelebihan Mandian Herba Semasa Tempoh Berpantang

  • Peredaran darah

Ibu yang bersalin pasti merasa uraf saraf mereka berada tegang.Mandian ini dapat mengendurkan dan seterusnya melancarkan peredaran darah anda.

  • Kesegaran tubuh badan

Banyak tenaga digunakan semasa bersalin.Apatah lagi ketika bangun untuk menyusukan anak.Kedua-duanya menyebabkan tubuh kita berada letih dan cepat penat.Herba ini dapat memulihkan tenaga yang hilang dan anda rasa lebih bertenaga.

  • Mengurangkan Stress

Bau herba ini bertindak sebagai aromaterapi bagi menenangkan diri.Keadaan ini dapat mengurangkan stress di kalangan mereka yang sedang berpantang.

  • Membuang angin di dalam badan

Angin di dalam badan boleh menjadikan susu badan berkurangan.Akibatnya anda akan berada di dalam keadaan tertekan dan cepat sensitif.Urutan,Mandian herba dan juga pengambilan makanan dan suplemen penting dapat menyingkirkan angin di dalam badan.

  • Menghilangkan bau badan

Ketiak dan Miss V adalah tempat yang adakalanya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.Ketika ini,hormon dalam badan anda mengalami perubahan yang menjadikan anda kerap berpeluh.Dengan mengamalkan mandian ini,dapat mewangikan kembali tubuh anda.

Cara Penyediaan Mandian Herba

Setiap bungkusan mengandungi 3 pek yang boleh anda gunakan sehingga bau herba tersebut hilang ataupun terkoyak.Mandian ini suami saya sediaakan setiap pagi.

Mula-mula,beliau akan panaskan air di dalam periuk yang telah di masukkan satu bungkusan herba ini.Sebaik sahaja air mendidih,beliau akan memasukkan air tersebut kedalam besen yang ada 3/4 air sejuk supaya menjadi suam.Karang kalau mandi air panas boleh melecur pula kulit.Dah jadi satu kerja untuk pergi ke hospital nanti.

Selepas itu bolehlah anda mandi seperti biasa.pasti akan terasa kesegarannya selepas mandi.Anda juga tidak digalakkan untuk menjirus air secara terus di kepala anda kerana boleh menyebabkan sakit kepala terjadi.

Selesai sahaja anda mandi,pek tersebut boleh di keringkan dan boleh digunakan kembali.Untuk kesihatan dalaman pula,saya mengambil

  • Ostematrix untuk membekalkan kalsium bagi keperluan tulang dan mengurangkan kaki menjadi cramp selalu
  • ESP bagi mengekalkan tenaga dan menambah susu badan
  • B Complex untuk mengurangkan Stress
  • Vitalea bagi membekalkan nutrisi dan pembentukan sel darah merah
  • Vitamin C untuk menguatkan sistem imunisasi di dalam Badan.

Kombinasi kedua-duanya membantu saya di dalam menjalani tempoh berpantang ini.Anda juga boleh mengambilnya hari ini.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 5 comments
jaymiee - November 19, 2014

macam best jer…boleh try yg free tak..hihi

Reply
Qider - November 19, 2014

Saya suka juga mandi herba ketika haid. Segala angin semua keluar, badan pun tidaklah letih sangat

Reply
Yeen - November 24, 2014

hehehe belom perlu pantang.. rest selepas anak ke 3 😀

Reply

Leave a Reply: