4

Mengasuh Anak Sendiri Atau Di hantar Ke Pusat Asuhan

Ibu bapa yang bekerja pasti berada di dalam dilema ke mana tempat yang sesuai untuk menghantar anak mereka.Kalau ada ibu bapa yang tinggal sekali,pasti dapat mengurangkan kerisauan ini.Sekurang-kurangnya kita dapat tinggalkan bayi kepada mereka.Cuma kalau ibu bapa tidak berapa kuat elok di hantar untuk orang lain jaga.Kasihan pula kepada orang tua kita dan beri kesempatan untuk mereka berehat.

Kalau ibu bapa kita jenis nak jaga cucu pun tiada masalah.Memang manjalah nanti anak kita dengan mereka nanti.

Kita boleh menghantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak ataupun jiran yang tidak bekerja.Cuma perlu di pastikan beberapa perkara sebelum menghantar ke sana nanti.

Kami juga bercadang untuk menghantar haris tahun hadapan sebagai persediaan untuk beliau mengenali rakan-rakan.Ini kerana kami perhatikan,apabila beliau penat bermain,beliau lebih nyenyak tidur di malam hari.Selain itu,dengan menghantar ke TASKI dapat juga haris bersosial bersama rakan sebaya.

Taman-Permainan-Kanak-Kanak

Cadangan Penambahbaikan Tempat Asuhan Untuk Kanak-Kanak

  • Lokasi

Pilih Taska yang dekat dengan tempat kerja.Dengan ini memudahkan kita untuk segera ke sana sekiranya ada panggilan kecemasan.Atau kita boleh melawat pusat asuhan tersebut ketika waktu tengahari.

  • Bersih dan selesa

Cari pusat asuhan yang sentiasa bersih dan di urus dengan baik.Keadaan ini dapat mencegah penyakit.Ia juga dapat menwujudkan suasana yang ceria untuk anak-anak kita.

  • Bilangan kanak-kanak tidak terlalu ramai.

Cara pusat asuhan yang boleh memberi keselesaan kepada anak-anak kita.Bagi yang menghantar anak yang masih bayi,pastikan bilangan penjaga adalah sesuai dengan jumlah bayi yang ada di sana.

  • Wujudkan Pusat Asuhan Setempat

Ini boleh di lakukan dengan kerjasama rakan sekerja atau penduduk setempat.Kita juga tidak terasa beban untuk membayar yuran bagi penjagaan anak-anak kita.

  • Kursus Untuk Pengasuh

Pemilik pusat asuhan boleh menghantar pekerja mereka menjalani kursus bagi memantapkan skill pembelajaran.Mereka dapat mengaplikasikan ilmu tersebut di dalam mendidik kanak-kanak.Selain itu dengan menghantar kurus atau bercuti dapat memotivasikan pengasuh untuk lebih bersemangat ketika bekerja.

  • Skim dari kerajaan.

Bagi menwujudkan suasana yang lebih selesa,kerajaan boleh menyediaakan skim yang menggalakkan pengusaha menambaik baik taska mereka.Dengan bantuan ini,pengusaha dapat menawarkan pakej yang mampu kepada pelanggan mereka.

Haris-Dapat-Hadiah

itulah serba sedikit cadangan supaya anak-anak kita dapat menjadi seorang insan yang berguna.Mereka adalah pemimpin di masa hadapan.Semoga mereka dapat didikan yang sempurna dari kita semua.

Norhayati Mohd Suaib
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 4 comments
Siti Aisyah - October 27, 2014

saya setuju dengan cadangan-cadangan tu sebab suasana mempengaruhi keadaan dan perkembangan kanak-kanak.

Reply
katak - November 18, 2014

selepas beberapa kes kematian dan penderaan di beberapa taska/pusat asuhan, sy menjadi seorang yg skeptikal dalam penghantaran anak ke tmpat asuhan.

Reply
Abdur - November 19, 2014

Saya masih risau kalau minta orang lain untuk mengasuhkan anak

Reply

Leave a Reply: