Pengalaman Anak Pertama Kali Ke Klinik Pergigian

Berjumpa doktor gigi bukanlah perkara yang menyeronokkan bagi kita semua.Kita lebih rela gigi betul-betul sakit barulah pergi ke klinik pergigian.Rasa ngilu ketika doktor membersihkan gigi yang rosak masih terasa walaupun sudah lama ke sana.

Itulah yang menjadi cabaran untuk kami membawa Haris ke klinik pergigian.Jururawat kesihatan yang membuat pemeriksaan di tadika telah meminta kami agar gigi Haris yang rosak perlu di rawat dengan segera.Dalam hati,adakah gigi tersebut perlu di cabut?

Kami bercadang membawa Haris ke klinik pergigian swasta.Ini bagi mengurangkan perasaan takut semasa pertama kali di periksa oleh doktor gigi.Bilangan pesakit yang ramai pasti menambah kegelisahan dan takut di hari beliau nanti.Belum lagi kalau terdengar budak menangis semasa di klinik.

Yang menjadi masalahnya adalah bagaimana untuk mengajak beliau pergi ke klinik.Satu teknik yang berkesan adalah menyampaikan pesanan melalui guru tadika beliau.Biasalah kanak-kanak mudah mendengar kata dari seorang guru.Dan akhirnya beliau sendiri meminta untuk kami menghantar ke klinik untuk di beri rawatan pergigian.

Kami membawa Haris ke Klinik Pergigian Alan Adlan yang terletak di Bangi.Yang lawaknya masa depan pintu,beliau jenguk juga kepala untuk melihat kawasan sekeliling.Apa yang menarik di sini adalah hiasan dalaman bukan seperti klinik yang biasa kita pergi.

Klinik Pergigian Alan Adlan Bangi

Terdapat sudut yang mesra untuk kanak-kanak bermain.Secara tidak langsung dapat mengurangkan ketakutan pada kanak-kanak.Pada waktu itu juga jumlah pesakit adalah tidak begitu ramai.

Mula-mula doktor gigi mengajak Haris untuk berbual-bual.Selepas baring di katil,doktor menunjukkan demo di tangan Haris untuk beliau merasai keadaan ketika alat tersebut digunakan.Doktor bertanya nak gigi cantik tak dan Haris mengangguk kepala.Selepas itu barulah doktor membuat pemeriksaan dan menampal gigi yang berlubang.Menurut doktor gigi geraham akan gugur apabila kanak-kanak berusia 7-9 tahun.Jadi jika ada lubang kecil perlu di tampal dengan segera supaya tidak bertambah besar.

Suami ada juga bertanya kepada doktor tentang gigi hadapan Haris yang ada rosak.Doktor kata,gigi susu akan gugur sendiri semasa kanak-kanak berusia 6-7 tahun.Gigi ini akan tertanggal dengan sendirinya dan akan tumbuh gigi kekal menggantikan gigi susu.

Alhamdulillah selama 20 minit di beri rawatan,Haris tidak menangis.Malahan suka kerana gigi beliau telah cantik.Siap hendak cerita kepada cikgu tadika lagi.Haris pun dapat belon yang di berikan oleh jururawat di klinik tersebut.

Selesai Menampal Gigi

Bayaran yang di kenakan adalah sebanyak RM50.Kami berpuas hati dengan layanan yang di berikan dan boleh di katakan child friendly.

Selepas itu,kami membawa beliau ke Restoren Upin & Ipin untuk menjamu selera.Memandangkan gigi beliau baru di tampal,maka kami hanya membungkus makanan sahaja.

Restoren Upin Dan Ipin

Sempat juga kami menyelitkan beberapa pesanan kepada Haris.Antaranya kurangkan makan aiskrim,makanan ringan dan juga banyakkan minum air masak.Gigi juga perlu diberus dengan kerap.Inilah cara terbaik untuk mengajar beliau tanpa memaksa.Jadi jika anak anda ada masalah sakit gigi,eloklah di bawa ke klinik pergigian dengan segera.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments

Leave a Reply: