Pengalaman Melahirkan Anak Pertama Di Hospital Swasta

Pengalaman melahirkan anak yang pertama adalah detik yang sukar untuk saya lupakan.Walaupun takut menghadapinya,tetap ditempuhi jua.Apatah lagi,suami di benarkan untuk meneman sepanjang saya di wad bersalin.

Alhamdulillah tiada masalah sepanjang berada di dalam bilik tersebut.Layanan mesra yang diberikan oleh doktor dan jururawat mengurangkan rasa takut untuk bersalin.Selepas beberapa ketika,Haris selamat di lahirkan dalam keadaan normal.

Sebaik sahaja melahirkan Haris,wujud perasaan sebak di dalam diri.Ini kerana,dia adalah anak sulung yang menjadi penyeri dalam kehidupan kami dalam berumahtangga.Jururawat yang bertindak menyambut kelahiran Haris melakukan dengan penuh berhati-hati dan begitu cekap sekali.

Sebaik sahaja Haris sudah dibersihkan,Jururawat meletakkannya di dalam bilik bayi.Ketika itu bayi sudah membuka mata dan suami bersama kedua ibu bapa dapat melihatnya di luar cermin.Jururawat membenarkan suami untuk azan di telinga bayi dan berdoa menjadi insan yang soleh.

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Selepas itu,saya di pindahkan ke bilik yang mempunyai 3 katil.Suasana di dalamnya cukup selesa sekali.Haris pula di letakkan di dalam bilik bayi dan jururawat akan membawa kepada saya untuk diberikan susu badan.

Saya tidur semalaman di dalam bilik tersebut sebelum di benarkan untuk balik pada keesokkan hari.Ini bagi membolehkan doktor memantau perkembangan bayi dan juga ibu bersalin dari sebarang komplikasi ketika bersalin.Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku.

Persediaan Di Dalam Melahirkan Anak Yang Pertama

Di sini adalah beberapa perkara yang saya lakukan sebelum melahirkan anak sulung ini.Di harap dapat membantu serba sedikit untuk anda yang bakal bersalin nanti.

Rancang Tempat Bersalin

Anda boleh memilih untuk bersalin di Hospital Kerajaan ataupun Klinik Swasta.Macam saya memilih untuk bersalin di Perdana Specialist Maternity Centre.Klink ini terletak di Taman Universiti,Skudai belakang AEON Skudai.

Tips bagi yang hendak melakukan scan atau pemeriksaan kesihatan,ringan-ringankan mulut untuk bertanya.Dari situ doktor akan memberi penerangan berkaitan apa yang kita tanya. Kalau tak tahu nak Tanya apa,cuba survey dulu dan boleh kumpul koleksi soalan untuk di Tanya nanti.

Ambil Cuti Bersalin

Kelahiran ini kadangkala tidak dapat kita jangka bila waktu untuk bersalin.Saya pernah mendapat false alarm yang ingatkan waktu bersalin sudah sampai.Apa taknya,apabila berjalan,Nampak macam air ketuban sudah keluar.Akhirnya ditahan di Hospital Batu Pahat semalam.Suami pula terpaksa bergegas balik dari kerja Outstation.

Alhamdulillah doktor yang merawatnya berkaita tiada apa-apa untuk dirisaukan.Dan akhirnya saya selamat melahirkan 2 minggu selepas itu.Dan yang bertnya suami turut sama teman ketika hendak bersalin.

Suami Teman Anak Tidur

Beli Kelengkapan Untuk Bersalin.

Yang ini adalah penting sekali.Jangan beli last minute kerana anda akan berasakan cukup mahal sekali.Cuba rancang dan semak perbelanjaan yang perlu di keluarkan untuk membeli baran untuk bersalin.Antara checklist untuk bersalin yang boleh anda sediaakan adalah seperti.

  • Sweater untuk ibu supaya tidak sejuk dalam wad
  • Pampers Newborn
  • Maternity Pads
  • Beberapa helai baju bayi
  • Mitten & Booties
  • Stoking
  • Selipar
  • Kain batik
  • Barut & kain Bedung

Jadi dengan menyediakan semua keperluan ini,anda tidak akan kelam kabut semasa hari bersalin nanti.Dengan ini,kami mendoakan anak anda bakal menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments

Leave a Reply: