3

Rambut Berkelemumur Punca Gatal Di Kepala

Rambut berkelemumur boleh terjadi pada wanita dan juga lelaki.Mereka yang mengalami masalah ini akan berasa kurang selesa disebabkan rasa gatal di kulit kepala.Sudah pasti keruping kulit akan jatuh di bahu apabila kita menggaru di bahagian tersebut.Lelaki biasanya akan mengambil cara mudah iaitu membotakkan kepala sekiranya kelemumur mereka bertambah serius.

Bagaimana pula dengan perempuan.Sudah pasti kepingan kelemumur yang melekat di anak tudung akan menjejaskan penampilan kita.Hendak menggaru kepala pun kita akan berasa segan.

Kelemumur terjadi di sebabkan adanya yis dipermukaan kulit kepala anda.Selain itu bilangan kulit mati di kepala anda bertambah dari biasa di sebabkan beberapa perkara.

Rambut-Berkelemumur

Petua Menghilangkan Rambut Berkelemumur

Terdapat beberapa petua yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan rasa gatal di kepala ini.Sudah tentu petua ini menggunakan bahan semulajadi dan mudah di dapati.Antaranya adalah

  • Menggunakan santan kelapa di keseluruhan kulit kepala.Amalkan selalu dan rambut anda akan menjadi berkilat dan cantik
  • Menggunakan buah limau nipis.Anda boleh memerah atau gosok buah limau yang sudah di belah di kepala anda.Cuma berhati-hati terutama sekali akan berasa pedih sekiranya terkena tempat yang luka.
  • Aloe vera
  • Serai yang di kisar lumat dan diambil airnya.

Punca Kelemumur Di Kulit Kepala

  • Tidak menggunakan syampu rambut

Banyak jenama syampu yang terkenal mempunyai perkataan anti-dandruff di botolnya.Ada yang mendakwa boeh menghilangkan kelemumur dengan pantas.Namun begitu,kelemumur akan terjadi semula sekiranya anda tidak menggunakan syampu dengan kerap.

  • Stress dan Perubahan Hormon

Kalau anda perasan,kelemumur anda semacam banyak ketika anda berada dalam keadaan tertekan.Ini kerana hormon anda berada dalam keadaan tidak stabil yang menyebabkan ia terjadi.

  • Kulit berminyak

Cuaca yang panas dan habuk yang terperangkap di rambut boleh menjadikan kulit kepala anda menjadi berminyak.Ini akan menggalakan pertambahan kulat

  • Eczema

Mereka yang mengalami eczema akan sentiasa mengalami masalah kulit berkelemumur.

Cara Penggunaan Syampu Yang Betul.

Anda sudah membeli syampu yang mempunyai anti-dandruff tetapi tidak berkesan kepada rambut anda.Adakah syampu tersebut tidak serasi dan masalah sama setelah anda menukar syampu yang lain.Sebenarnya cara anda bersyampu juga turut menjadi sebab mengapa ia kurang berkesan.Anda seharusnya membiarkan kulit kepala anda menyerap nutrisi dari syampu tersebut.

Caranya adalah dengan membiarkan buih syampu antara 10 hingga 15 minit di kepala anda.Selepas itu barulah rambut di bilas hingga bersih.Cara ini dapat menyingkirkan kulat yang menjadi penyebab rambut berkelemumur.

Norhayati Mohd Suaib
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 3 comments
Zufar - October 24, 2014

Dulu masa rambut panjang selalu jugak ada kelumumur. Pakai syampu berjenama pun tak jadi..skang botak kan aja. abih cerita..:)

Reply
ctfand - October 28, 2014

Kita yg bertudung ni mmg kena jaga betul2..kalau tak kelemumur mudah baik. Tq berkongsi tips..

Reply

Leave a Reply: