Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu Berpantang

Persiapan yang rapi dalam menyambut kehadiran orang baru seperti membeli pakaian untuk bayi dan set bersalin shaklee untuk ibu perlu dibuat dengan lebih awal.Ini adalah penting supaya kita tidak kelam kabut terutama bagi mereka yang menyambut bayi pertama.

Sudah pasti hati kita berdebar-debar menunggu saat tersebut.Semakin dekat dengan tarikh jangkaan bersalin iaitu sekitar 9 bulan 10 hari,semakin kuat debaran yang terasa.

Dengan teknologi yang serba canggih sekarang,kita sudah dapat melihat jantina bayi.Kini ada pula scan 4d yang ditawarkan oleh klinik swasta sebagai pilihan ibu bapa.Keadaan ini memudahkan untuk kita membeli warna yang sesuai mengikut jantina bayi.Biasanya warna merah jambu adalah untuk bayi perempuan dan warna biru untuk bayi lelaki.

Set-Bersalin-Shaklee

Bagi seorang ayah,pasti anda akan berasa terharu ketika berada bersama isteri bagi memberi sokongan kepada mereka.Air mata kegembiraan akan menitis sebaik sahaja isteri selamat melahirkan bayi.

Doktor akan membersihkan bayi dan selepas itu akan diberikan kepada anda untuk di azan bagi bayi lelaki dan iqamat bagi bayi perempuan.Doktor akan membenarkan isteri dan bayi pulang ke rumah jika tiada masalah sepanjang tempoh bersalin.

Isteri akan berpantang di rumah bagi mengembalikan tenaga dan memulihkan rahim yang terluka semasa bersalin.Mereka memerlukan makanan yang kaya dengan zat nutrisi yang lengkap untuk kesihatan mereka. Set berpantang shaklee adalah pilihan terbaik untuk diambil oleh ibu yang baru bersalin.

Kelebihan set bersalin Shaklee kepada ibu berpantang

Luka yang di alami semasa bersalin dapat sembuh dengan cepat terutama sekali luka di dalam rahim.

Semasa melahirkan bayi,isteri akan kehilangan darah merah yang banyak.Multivitamin yang mengandungi zat besi dapat membentuk dan membina darah merah yang diperlukan oleh badan isteri.

Tenaga juga banyak digunakan oleh ibu semasa meneran dan menyebabkan ibu berasa letih.Apatah lagi isteri yang bangun lewat malam untuk menyusukan bayi mereka.Dengan itu set ini dapat memastikan isteri kekal sihat dan bertenaga.

Stress yang dialami semasa peringkat berpantang perlu dikawal bagi mengelakkan penyakit lain seperti meroyan terjadi kepada ibu bersalin.Nutrisi yang ada pada vitamin dapat memberikan ketenangan kepada isteri untuk menambahkan keceriaan pada diri mereka.

Mengurangkan rambut gugur.Rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar

Meningkatkan pengeluaran susu badan untuk diberikan kepada bayi sebagai makanan mereka.

Tambahan Ostematrix dan Alfalfa dapat mengelakkan sembelit kepada isteri yang bersalin.Ini kerana vitamin ini dapat melembutkan najis dan melancarkan sistem perkumuhan anda.

Produk Set Bersalin Shaklee

  • Vitalea

Kaya dengan 23 vitamin bagi memberikan nutrisi yang lengkap kepada ibu yang bersalin.

Mengandungi iron yang membentuk semula sel darah merah yang banyak hilang ketika bersalin.

  • B Complex

Memperbaiki sistem saraf yang boleh menyebabkan tekanan atau stress yang menjadi punca kepada kemurungan.

Mengadungi asid folik bagi membentuk sel dan tisu baru

  • Zinc Complex

Penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran semasa bersalin.Khasiat seperti ikan haruan yang selalu di ambil oleh orang melayu bagi mempercepatkan luka tersebut.

  • Vitamin C

Mengandungi anti oksidan melindungi tubuh dari mudah diserang penyakit.Imunisasi dalam badan juga dapat dipertingkatkan.

Cara Pengambilan Set Bersalin Shaklee

Selain memastikan bahawa set berpantang shaklee ini terbaik untuk diri anda,kami juga memberikan set yang boleh digunakan selama 2 hingga 4 bulan.Sudah pasti ini memberikan penjimatan kepada wang anda.Kuantiti setiap produk shaklee adalah seperti Vitalea(120 tablet),B Complex(120 tablet),Zinc Complex(120 tablet) dan juga Vitamin C(180 tablet).Lebih bagus lagi,produk ini boleh digunakan oleh suami juga.

Cara mengambilnya adalah vitalea dan B Complex di ambil selepas anda bersarapan pagi.Zinc pula boleh diambil 2 kali seminggu dan diambil sebelum makan.Manakala vitamin C boleh diambil selepas makan tengahari.

Testimoni Pengguna Set Bersalin Shaklee

Luka-Bersalin-Cepat-Sembuh

Kami juga mencadangkan anda mengambil set premium yang mengandungi lecithin dan ESP Shaklee yang dapat membentuk tubuh badan langsing bersama dengan set bersalin shaklee ini.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments

Leave a Reply: