Set Sendi Shaklee Melegakan Kesakitan Di Bahagian Lutut

Emak saya sekarang berumur 67 tahun.Masih lagi boleh berjalan cuma tidak boleh berdiri terlalu lama.Kata ibu,bahagian lutut akan terasa sakit bila berdiri.Semasa bersolat pun,memang terasa sakit di bahagian sendi.Emak saya ada mengambil set sendi shaklee untuk mengurangkan kesakitan tersebut.Sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit di lutut.

Adakah ibu atau bapa anda juga mengalami masalah yang sama juga

Sakit sendi ini kerap berlaku ke atas mereka yang berumur 50 tahun ke atas.Antara bahagian sendi yang selalu sakit adalah seperti lutut,pinggang,bahu,siku dan juga pergelangan tangan.Pelincir di bahagian tersebut telah berkurangan menyebabkan geseran antara tulang terjadi.Ini yang selalu berlaku terutama sekali di bahagian pelipat lutut.Kalau sakit sendi bertambah teruk,suntikan terpaksa di berikan untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Pentingnya sendi kerana ia adalah pertemuan anda dua tulang.Di bahagian tersebut terdapat 4 komponen utama iaitu tulang rawan,tendon,ligamin dan juga bendalir sinovia.Antara jenis-jenis sakit sendi adalah seperti Rheumatoid arthritis, Osteoarthiritis, Tendinitis, Gout dan juga terseliuh.

Orang tua

Walaupun kadangkala mereka tidak mengadu kepada kita,tetapi kita boleh merasa sakit yang mereka alami.Orang tua kita,hanya menggunakan minyak angin untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Namun begitu,golongan muda juga tidak boleh mengambil mudah perkara ini.Sakit sendi juga boleh terjadi kepada mereka di sebabkan beberapa faktor.

Punca Berlakunya Sakit Di Bahagian Sendi

  • Kecederaan di sebabkan kemalangan boleh menyebabkan bahagian sendi anda mengalami kesakitan.
  • Mengangkat Beban Berlebihan

Pernahkah anda berasa sakit pinggang setiap kali mengangkat barang yang berat.Teknik mengangkat yang salah adalah punca sakit itu terjadi.

  • Obesiti

Berat badan yang berlebihan juga menyumbang kepada sakit di bahagian lutut.Lutut berfungsi semasa anda berjalan,berlari dan juga melompat.Jadi semasa anda melakukan aktiviti tersebut,dua tulang akan menjadi rapat dan mampat yang seterusnya menyebabkan geseran antara dua tulang rawan terjadi.

Siapa Yang Memerlukannya Set Sendi Shaklee

  • Mereka yang berumur
  • Wanita yang rasa sakit di bahagian tangan selepas mendukung anak.
  • Mereka yang bekerja dan sering mengangkat barang yang berat.
  • Mereka yang rasa sakit di bahagian lutut seperti dicucuk-cucuk.
  • Mereka yang tercedera semasa bersukan.
  • Mereka yang bekerja dengan berdiri terlalu lama.
  • Mereka yang selalu memandu dalam jarak perjalanan yang jauh.
  • Mereka yang sering kejang kaki atau simpul biawak.
  • Mereka yang duduk terlalu lama seperti duduk di hadapan computer berjam-jam

Set-Sendi-Shaklee

Vitamin Untuk Sakit Lutut

Advanced Joint Health Tablet

Menyokong keselesaan sendi dengan ekstrak Boswellia

Glukosamina membantu meningkatkan kesan kusyen.Ini dapat mengurangkan geseran antara dua tulang.

Vitamin C,tembaga,zink dan mangan membantu dalam memelihara tisu penyambung yang sihat.

Bebas dari kondroitin yang menghalang penyerapan glukosamina oleh sendi kita.

Omega Guard

Pelincir dapat mengurangkan geseran antara dua tulang rawan.Omega guard membantu mengurangkan inflamasi di bahagian tersebut.

Ostematrix

Ostematrix membekalkan kalsium yang penting dalam pembinaan tulang yang sihat.Dengan adanya nutrisi seperti magnesium,Boron,Mangan menjadikan tulang kita bertambah kuat dan mengurangkan risiko tulang rapuh.

Cara Pengambilan Vitamin Sendi

AJHT Shaklee mempunyai 60 tablet.Anda boleh mengambilnya 1 biji di waktu pagi dan 1 biji di waktu malam

Omega Guard Shaklee mempunyai 90 kapsul minyak ikan.Anda boleh mengambilnya 1 kapsul selepas makan tengahari dan juga makan malam.

Ostematrix mempunyai 120 tablet.Anda boleh mengambilnya 2 hingga 4 biji sebelum hendak tidur.

Jadi jaga kesihatan tulang dan sendi anda dengan mengambil set sendi shaklee hari ini.Keselesaan sendi memudahkan pergerakan anda untuk melakukan kerja seharian.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments

Leave a Reply: