8

Terima Kasih Suami Kerana Menemaniku Di Wad Bersalin

Dalam pukul 6 pagi,saya mula di masukkan ke dalam dewan bersalin.Itupun setelah rasa tidak tahan selepas menunggu sejak dari pukul 2 pagi lagi.Ketika itu,masih ramai ibu hamil yang menuggu saat untuk bersalin.Jadi keutamaan di berikan kepada mereka atau yang telah pecah air ketuban.saya yang berasa seperti sudah sampai saat terus berjumpa dengan doktor bertugas.Beliau membuat pemeriksaan dan bukaan sudah 8cm.Itu menandakan bayi boleh keluar bila-bila masa sahaja.

Ketika itu,Mr Mama sudah mesej untuk menunaikan solat subuh.Saya pun segera membalas yang kata sudah berada di katil.Jururawat juga memanggil nama suami untuk masuk menemani saya semasa tempoh untuk bersalin.

Semasa di dewan bersalin,ada seorang jururawat yang ditugaskan untuk menyambut bayi.Ada juga doktor bertugas,tetapi beliau perlu pergi bilik ke bilik bagi memastikan tiada sebarang komplikasi bagi ibu yang lain.

Jururawat menyuruh suami untuk berdiri di sebelah isteri supaya dapat memberi semangat dan kekuatan semasa meneran.Suami juga dapat membantu isteri dari mengangkat punggung yang boleh menyebabkan luka menjadi besar.

Ketika meneran memang rasa hendak menjerit.Jururawat tidak bagi kerana boleh menyebabkan nafas kita tidak cukup yang amat berbahaya kepada bayi nanti.Ini kerana kita akan berasa lemah dan tiada tenaga untuk meneran.

Dalam pukul 6:25 pagi,bayi selamat di lahirkan dan di letakkan di perut ibu bagi memberi sentuhan pertama.Seakan-akan seirama di mana hampir setiap bilik kedengaran suara bayi menandakan semuanya selamat di lahirkan.

Melahirkan-Anak-Di-Hospital

Kini tinggal pula uri yang perlu di keluarkan.Jururawat menyuruh meneran dengan lembut supaya uri dapat keluar dengan bentuk yang sempurna.Sebaik sahaja semua uri keluar,beliau memeriksa keadaan uri supaya tiada yang tertinggal.

Selepas itu,barulah bahagian yang terkoyak di jahit.Memang rasa sakit juga pada masa itu,tetapi melihat raut wajah bayi,seakan hilang seketika kesakitan tersebut.Jururawat ada meminta suami untuk pergi ke bilik menunggu,tetapi suami buat diam sahaja.Dari uri di keluarkan sampai bahagian luka di jahit,beliau tetap berada di sebelah saya.

Mungkin Mr Mama tak dengar kot.

Selepas itu barulah,Mr Mama meminta kebenaran untuk ke surau.Saya masih berada di bilik bersalin bersama dengan bayi.Dalam pukul 8,suami masuk semula untuk azan dan iqamat dekat Puteri Nurul.Memandangkan wad bersalin telah penuh,saya dan suami berada di dewan bersalin lagi.Tak kisah sangat sebab keadaan pun seperti wad kelas 1.Memang cukup selesa berada di Hospital ini.

Sarapan ada di sediaakan oleh pihak Hospital,tetapi makanan yang mereka sediaakan adalah berupa kuew teow goren.Memang tak makan dan di berikan kepada suami untuk di habiskan.Alhamdulillah saya ada membawa ESP dan juga sebuku roti untuk di jadikan Alas perut.

Tidak lupa juga beberapa jenis vitamin seperti Vitalea dan B Complex.Kedua-dua vitamin ini membantu dalam penghasilan sel darah merah.

Puteri Nurul selamat di lahirkan pada hari Jumaat.Jadi dalam pukul 12,Mr Mama dah balik ke rumah untuk bersiap solat Jumaat.Saya dan bayi pula di masukkan ke wad transit dan di benarkan pulang pada sebelah petangnya.

Di Wad transit,saya berjumpa dengan kawan yang turut menunggu untuk bersalin.Alhamdulillah dia dan bayinya selamat tetapi kena bermalam di hospital kerana memerlukan pemeriksaan lanjut.Suami datang dalam pukul 5 lebih dan menyelesaikan proses check out.Bayi pula di berikan suntikan yang pertama di punggungnya.Setelah semuanya selesai,barulah kami balik ke rumah.

Terima kasih kepada jururawat dan doktor yang menyambut kelahiran anak saya.Mereka sungguh sabar dan tetap ceria walaupun bertugas semalaman.

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 8 comments
Dilla Jalil - November 22, 2014

Tahniah sis
alahai kuew teow goreng dibaginye..huhu
camne nk mkn? 😉

Reply
miss balqis - November 25, 2014

Tahniah! Comel je 😉
Belog Miss Balqis

Reply
akubiomed - November 25, 2014

Pada 10 Nov baru ini saya berpeluang untuk menyambut kelahiran anak perempuan pertama. Memang bersyukur dapat menyaksikan kelahiran anak kami. 🙂

Reply
surya - December 5, 2014

bestnya . rindu nak bau baby lagi…..anak dah 3 tp nk lagi kot…hahahah
tahniah yer

Reply

Leave a Reply: