1

5 Tips Memilih Penapis Air Untuk Sumber Air Bersih

Penapis air perlu di bersihkan selalu supaya kualiti air minuman sentiasa terjaga.Atau anda wajib menukar filter yang ada apabila sampai tempoh had penggunaannya.Namun begitu kadangkala kita tidak ambik kisah kerana air yang keluar di paip masih kelihatan bersih lagi.Tambahan pula kita sibuk dengan urusan kerja seharian dan tidak sempat untuk melakukan aktiviti tersebut.

Air-Paip-Yang-Jernih

5 Tips Memilih Penapis Air

  • Pilih yang mudah untuk di selenggara.

filter perlu di bersihkan selalu supaya air yang mengalir benar-benar bersih.Bergantung kepada kawasan yang anda tinggal,adakalanya anda dapat melihat kesan kotoran yang melekat di bahagian penapis anda.Keadaan ini disebabkan oleh paip yang menghubungkan kawasan rumah anda sudah lama dan belum di tukar dengan yang baru.

  • Aksesori mudah di dapati.

Bahagian-bahagian yang ada di dalam penapis air perlu di tukar apabila sampai masanya.Ada sesetengah syarikat yang menawarkan pakej servis penapis air keluaran untuk memudahkan pelanggan mereka.Jika tidak cari yang senang untuk di tukar dan tidak mengambil masa yang lama.Anda akan berasa bosan jika selalu melakukan perkara yang sama.

  • Di iktiraf oleh WQA atau SIRIM

Kedua-dua badan ini bertanggungjawab di dalam memastikan hak pengguna di lindungi.Produk yang ada selamat digunakan oleh pelanggan tanpa kesan sampingan.Contohnya Water Quality Association (WQA) adalah badan yang bukan berasaskan keuntungan di dalam menwakili industri rawatan air bagi rumah kediaman,pusat komersil mahupun kawasan industri.

  • Mudah untuk di simpan

Bagi yang ruang dapurnya kecil,anda perlu mengambil kira perkara ini.Pastikan penapis air yang di beli senang untuk di letakkan..Selalunya kita akan letak dekat dengan sinki untuk menapis air.

  • Mudah untuk di bawa kemana-mana

Adakah anda seorang yang suka travel.Atau kampung anda menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber air yang bersih.Untuk itu,anda perlu mencari penapis air jenis portable.Penapis ini boleh anda bawa ke tempat tersebut.

Bagi yang sudah memiliki penapis air,saya mengucapkan tahniah kepada anda.Ini kerana anda cukup prihatin dengan air minum untuk keluarga anda.Cuma anda disarankan untuk mencuci selalu bahagian filter yang ada di luar.Anda boleh melihat kesan kotoran yang melekat di filter tersebut.

Kesan-Karat-Pada-Penapis-Air

Untuk mencuci kotoran seperti ini,anda boleh menggunakan tisu ataupun berus gigi.Gosok perlahan-lahan dan bersihkan dengan air paip supaya kesan kotoran dapat ditanggalkan.Jangan pegang kotoran itu secara direct dengan tangan anda.Anda boleh menggunakan sarung tangan atau pegang bahagian atas filter tersebut.

Norhayati Mohd Suaib
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 1 comments
Anak Askar Pencen - October 21, 2014

Perkara paling biasa orang abaikan bila pakai penapis air ni adalah bila waktu nak gantikan filter. Kalau filter tak berganti, serupa macam tak payah pakai penapis air la jawabnya. Hehe

Reply

Leave a Reply: