3

Ubat Sembelit Bagi Ibu Yang Baru Bersalin

Perasaan fobia untuk ke bilik air adalah perkara yang kerap terjadi kepada ibu yang baru bersalin.Mereka rasa sukar untuk membuang air besar kerana takut sakit di bahagian Miss V.Apatah lagi sekiranya terdapat koyakan di sebabkan punggung terangkat semasa bersalin.Akibatnya luka tersebut di jahit yang menyebabkan rasa sakit amat terasa ketika meneran untuk membuang air besar.

Itulah perkara yang saya alami selepas melahirkan anak ke dua ini.Walaupun koyakan tidak besar,perasaan takut untuk membuang air besar tetap ada.Cuma tetap gagahi jua kerana di bimbangkan najis menjadi bertambah keras.Dan yang lebih teruk lagi boleh menyebabkan sembelit berlaku.

Bagi yang beranak di hospital,adakalanya di bekalkan dengan ubat sembelit sebaik keluar dari hospital.Ubat ini membantu melembutkan najis supaya mudah untuk buang air besar.Jika tidak anda boleh membeli ubat yang ada di jual di Farmasi.

Ubat-Sembelit

Anda boleh memilih samada jenis cecair ataupun pil seperti gambar di atas.Masa suami beli,ubat jenis cecair sudah habis dan peniaga ada menunjukkan ubat ini dan juga ubat yang menggunakan herba sebagai bahan-bahannya.Suami ada juga bertanyakan adakah kesan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi juga.

Beliau mengatakan tidak dan untuk kesan lebih baik,beliau mencadangkan pengambilannya pada waktu malam sebelum tidur.Ubat sembelit ini boleh diambil 2 biji setiap hari.Harga sepapan adalah RM2 dan hanya 2 biji yang saya makan.Alhamdulillah berjaya juga untuk membuang air besar tanpa rasa sakit.

Saya juga ada mengambil Ostematrix yang bertindak melembutkan najis.Selain itu,memandangkan saya jenis tidak suka minum susu,Ostematrix membantu dalam membekalkan Kalsium untuk keperluan tulang.

Cara-Cara Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

Banyakkan minum air

Ibu bersalin memerlukan kuantiti air yang banyak untuk kegunaan badan mereka.Air ini membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu dan mengelakkan dehidrasi di kalangan mereka yang sedang berpantang.Air juga dapat membersihkan saluran percernaaan dari toksin yang melekat di situ.

Makan makanan yang kaya dengan serat

Ibu yang hendak melahirkan anak disarankan memakan kurma supaya tenaga ada semasa hendak meneran nanti.Sebelum ke hospital,saya memakan 2 biji kurma dan juga telur separuh masak.Alhamdulillah,diberi kekuatan dan tenaga untuk melalui fasa bersalin.

Dan pengambilan kurma saya teruskan hingga ke hari ini.Lagipun kedai Arab yang ada di sini banyak menjual kurma walaupun bukan di bulan puasa.

Berjalan dan membuat senaman ringkas

Berjalan bukanlah bermaksud anda pergi berjalan-jalan di pasaraya atau taman permainan lak.Kalau tak jadi macam anak saya yang bila kata berjalan jer,mesti ingat hendak ke pasaraya sahaja.

Bila anda membuat senaman ringkas,bahagian otot akan menjadi lembut dan tidak mengalami kekejangan terutama di bahagian pinggang dan juga pinggul.

Antaranya adalah menggengam tangan dan mengangkat kaki sedikit sahaja bagi mengelakkan lenguh selepas berbaring.

Segera ke tandas

Perasaan takut untuk ke tandas perlu di buang jauh-jauh supaya tidak menguasai diri anda.Tidak ada masalah sekiranya kali pertama anda hanya duduk di mangkuk tandas sahaja untuk seketika.Ini akan mengaktifkan sel otak yang menunjukkan keadaan selamat dan dan kali kedua anda pasti senang untuk membuang air besar.

 

Norhayati
 

Puan Norhayati adalah seorang pengedar Shaklee dengan SID 876164.Beliau sedia memberi khidmat nasihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pengambilan suplemen dari sumber semulajadi.Ketahui juga bagaimana Shaklee dapat juga di gunakan dalam menjana pendapatan sampingan dengan menghubungi beliau di talian 0182338384.

Click Here to Leave a Comment Below 3 comments
mohdridzwan - November 12, 2014

Thanks atas perkongsian.
Wan lupa pula utk cari pil tu sebelum ni.
Wifey memang ada masalah sembelit ni. Makan ostemetrix pun tak jadi. Sebelum bersalin ok jerk.

Reply
Qider - November 14, 2014

Sembelit memang tak best..kalau sembelit teruk sangat, gabungkan ostematrix dengan alfalfa complex dan minum banyakkk air..insyaAllah dalam 2,3 hari lepas tu mesti dah takde dah..

Reply

Leave a Reply: